Cari sesuatu disini

Wang adalah segala- galanya bagi mereka



Salam
Bila disarankan supaya manusia perlu merancang hidup dan mengumpul harta demi masa depan …tak dapat tidak  wang memainkan peranan yg besar dlm kehidupan. Hanya wang shjlah yg boleh menyelesaikan banyak kisah persoalan hidup. Apakah benar hanya wang  shj yg boleh menjadi penentu masa depan seseorang?  
Ya boleh jadi ianya benar …boleh jadi juga wang bukanlah segala2nya. Konsep yg dibawa oleh aliran pemikiran moden mmg mengatakan sebegitu…zaman sekarang wang adalah lambang survival. Lebih tinggi nilai kekayaan dan keberjayaan seseorang maka lebih cerahlah peluang utk beliau mengorak kehidupan yg lebih selesa.  Itulah yg menjadi buruan manusia zaman sekarang dan begitulah ianya tergambar pada hari ini dimana kita perhatikan…ramai manusia sudah mula meletakkan pencarian wang  sbg satu matlamat utama. Kehidupan kini sudah mulai menjadi nafsu nafsi. Manakala nilai2 baik yg dahulunya pernah disemai oleh datuk nenek  kita spt tolong menolong, hormat menghormati, berkasih sayang, sopan santun dan sebagainya sudah mulai diabaikan  sedikit demi sedikit dek kerana mengejar kebendaan.

Dulu masa zaman org2 tua   kita dahulu…tak ada pulak kedengaran perlu merancang kewangan itu dan ini. Mereka boleh juga hidup. Walau pun tak kaya wang…hidup cukup makan seadanya…tapi mereka tetap dpt bertahan dan menyekolahkan kita sampai berjaya. Mengapa demikian ye? Barangkali ilmu agama yg kuat…sentiasa bersyukur.. dan percaya sepenuhnya kpd Allah akan rezeki yg didatangkan. Barangkali juga mereka dahulu tak ada byk hutang sana sini mcm kita ni di zaman sekarang. Jadi mengejar kekayaan bukanlah menjadi matlamat utama.
Saya  cuma sekadar ingin mencari jawapan kpd persoalan tujuan hidup sbg seorang manusia biasa. Kemudian cuba pula mencari jalan2 penyelesaian yg boleh dijadikan sbg panduan hidup. Sbg seorang muslim, yg terfikir hanyalah kaedah atau jalan2 penyelesaian melalui Al-Quran. Bukankah Al-Quran itu diturunkan sbg manual kehidupan utk manusia sejagat sebagaimana membeli kereta baru yg juga ada manual. Kalau tak baca manual macamana nak pandu dgn lancar.
Apakah benar kita perlu berusaha bersungguh2 mengumpul wang dan harta utk masa depan? Atau adakah kita perlu serahkan segala urusan ttg rezeki ini kpd Allah shj. Terpulang kpd diri masing2.tetapi apa yamg ingin saya katakan disini ialah, Jangan lah kita membiarkan diri kita susah kerana kelalaina kita untuk melaksankan amanah iaitu mencari rezeki dari Allah. Jika kita sudah bersusah payah umtuk menjalani kehidupan seharian, jangan lah pula kita mewariskan kesusahan hidup seperti yang kita hadapi sekarang kepada waris ataupun anak- anak kita. Oleh itu dengan pebentukan atau menghasilkan harta pusaka dengan seberapa jumlah yang mungkin dapat juga la kita mengubah keadaan keluaraga kita nanti.Klik sini juga

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...