Cari sesuatu disini

Jiwa pemuda Melayu vs. Jiwa Pemuda Cina


Assalamualaikum, entri kali ini bukanlah ingin saya sanjung- sanjungkan bangsa lain, tetapi saya ingin menyedarkan anak- anak Melayu sebangsa dengan saya ini. Ingin saya cuba membuka minda dan pemikiran anak- anak melayu supaya dapat menjadi pewaris bangsa yang berjaya.

"Tak cukupkah kejayaan yang telah kita kecapi sekarang ini?"
Ini lah soalan yang sering saya terima bila saya ingin bicarakan tentang tahap kemajuan anak- anak sebangsa dengan saya.
-Pernahkah kita dengar kata hikmah sebegini -"berusahalah  dalam mencari kekayaan seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal lah seolah- olah kamu akan mati esok hari"
Apakah kata hikmah diatas melarang kita dari  mencari kekayaan didunia?
Tidak sama sekali, malahan Rasulallah S.A.W. pon menggalakkan dikalangan orang Islam ini berada dalam golongan yang kaya selagi mana tidak melanggari hukum syarak.
Tidakkah anda berfikir ramai yang telah murtad adalah disebabkan harta. Jangan anda menafikan bahwa terdapat golongan agama lain berdakwah menggunakan harta, mereka menwarkan perlindungan harta kebajikan kepada penganut mereka. Tetapi sebaliknya kerap kali berlaku kepada umat Islam iaitu masyarakat yang meminta. MALUnya apabila melihat nasib masyarakat Melayu Islam sebegini.

Pernahkah anda selalu melihat golongan meminta- minta ini dari masyarakat Cina ? Jarang sekali bukan?
Tahukah mengapa perkara sebegini terjadi?
Ini kerana kebanyaknya golongan masyarakat Cina mereka adalah golongan kaya. Dengan kekayaan mereka tersebut mereka membantu masyarakat mereka sendiri. Masyarakat Melayu bukanya tidak mahu membantu masyarakatnya sendiri. Tetapi tidak berkemampuan kerana kewangan yang ada hanya sekadar menampung diri sendiri berbeza dengan masyakat Cima.
Kesimpulanya disini jangan di antar kita terlalu takut untuk mencari kekayaan di dunia kerana kekayaan dunia akan membawa bekalan untuk kita di Akhirat kelak.
p/s : Marilah kita mengubah minda anak- anak Melayu sebangsa dengan kita supaya lebih berfikiran matang dan terbuka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...