Cari sesuatu disini

Kenapa Ramai Masyarakat Melayu Yang Banyak

.:: ASSALAMUALIKUM ::.
Sering kita terbaca di dada akhbar bahawa terdapat pemohon- pemohon bantuan yang merayu untuk menjalani rawatan dan pembedahan adalah dikalangan kaum Melayu, bukanya saya ingin mengutuk ataupun merendahkan maruah kaum Melayu sendiri, sedangkan saya sendiri adalah kaum Melayu juga.
Tapi ini adalah kenyataan yang telah dibuktikan oleh media massa sendiri. Contohnya, cuba kita tengok di dalam rancangan Bersamamu di TV3, dan macam -macam lagi program realiti lain, kebanyakan golongan yang merayu - rayu bantuan dari kaum mana?
Anda sendiri pun mesti boleh menjawab persoalan saya tadi. Mengapakah perkara seperti ini sering berlaku? Anda mungkin sudah tahu penyebabnya, tapi suka saya maklumkan disini bahawa masyarakat sering mengambil mudah tentang persediaan untuk menghadapi masa kecemasan. Ini lah puncanya terjadinya masalah seperti ini :-

-kejadian yang tak pernah kita jangka akan berlaku nanti , oleh itu perlulah kita mengambil langkah persediaan dari sekarang - 


-kakitangan kerajaan juga memerlukan persediaan yang rapi, jangan lah anda sentiasa berasa selesa walaupun anda salah seorang dari kakitangan kerajaan, musibah datang tidak kira siapa -



- setiap dari kita perlulah memiliki polisi pelindungan kewangan yang mampu membantu anda dalam keadaan kecemasan nanti jika tidak anda berada dalam golongan yang hanya mampu merayu untuk memohon bantuan orang ramai -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...